首页    期刊浏览 2024年12月12日 星期四
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Hubungan antara penyertaan dan kepuasan komuniti Iban terhadap bantuan program pembasmian kemiskinan di Daerah Song, Sarawak (Poverty eradication programmes and the relationship of community participation and satisfaction: The case of the Ibans of Song District, Sarawak)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Kwok Chin Hoe ; Haris Abd. Wahab ; Asnarulkhadi Abu Samah
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2015
  • 卷号:11
  • 期号:3
  • 页码:21-27
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Tahap kepuasan golongan penerima manfaat terhadap bantuan program pembasmian kemiskinan penting dalam mempengaruhi tingkat penyertaan mereka dalam program b erkenaan. Tahap kepuasan yang tinggi terhadap bantuan program yang diterima diyakini menyumbang kepada tahap penyertaan komuniti yang tinggi dalam program pembasmian kemiskinan. Penyertaan yang tinggi ini pula seterusnya menyumbang kepada kejayaan program yang dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kepuasan komuniti Iban terhadap bantuan program pembasmian kemiskinan, iaitu Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dengan tahap penyertaan mereka dalam program di bawah skim berkenaan. Kaedah kaji selidik telah digunakan untuk mengumpul data kajian ini. Seramai 260 orang responden yang terdiri daripada ketua isi rumah (KIR) di rumah panjang telah dipilih secara rawak. Secara keseluruhannya, penemuan kajian menunjukkan lebih daripada separuh (51.9%) KIR dalam kalangan komuniti Iban berada pada tahap sederhana dari segi kepuasan terhadap program di bawah SPKR. Analisis ujian statistik Khi Kuasa Dua pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (p ≤ 0.05) antara tahap kepuasan terhadap program di bawah SPKR dengan tahap penyertaan mereka dalam aktiviti memb uat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program di bawah SPKR. Penemuan ini menggambarkan bahawa semakin tinggi tahap kepuasan masyarakat terhadap bantuan program di bawah SPKR, semakin tinggi pula tahap penyertaan mereka dalam aktiviti membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program di bawah skim berkenaan
  • 关键词:kepuasan komuniti; komuniti Iban; pembasmian kemiskinan; pembuatan keputusan komuniti; ; penyertaan komuniti; perkongsian ganjaran
国家哲学社会科学文献中心版权所有