标题:Pendekatan permakultur bagi mewujudkan gunatanah pertanian lestari di Malaysia: Kajian kes di Kuala Ping, Terengganu (Permaculture for sustainable agricultural landuse in Malaysia: A case study of Kuala Ping, Terengganu)
期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2014
卷号:10
期号:6
页码:105-117
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Meskipun pertanian modern berasas kimia telah meningkatkan produktiviti dan pendapatan petani Malaysia, namun ia juga telah mengakibatkan impak negatif terhadap alam sekitar kawasan luar bandar di Malaysia. Permakultur menawarkan alternatif kepada pertanian kimia yang tidak mesra alam ini kerana ia diinspirasikan oleh etika alam sekitar, teknologi pertanian hijau, dan prinsip peri pentingnya memelihara keharmonian antara manusia dan alam. Dengan menggunakan Kuala Ping sebagai contoh, kajian ini menunjukkan bagaimana penggunaan permakultur boleh membawa kepada gunatanah pertanian yang lestari di Malaysia. Ia menunjukkan bagaimana reka-bentuk semula landskap pertanian di Kuala Ping dengan cara permakultur dapat memelihara dan mengekalkan keutuhan ekosistem tempatan sambil secara sistematik mengintegrasikan alam sekitar dan penghuninya menerusi penggunaan teknologi pertanian hijau. Gagasan sentral permakultur ialah menggalakkan penggunaan sumber semulajadi yang sediada bagi menghasilkan produk makanan berkualiti, menyediakan rekabentuk rumah kediaman yang bersesuaian dengan sumber asli sediada, dan menjimatkan penggunaan tenaga.
其他摘要:While modern chemical-based agriculture has enhanced agricultural productivity and income of Malaysian farmers it has taken a heavy environmental toll on rural Malaysia. Permaculture provides an alternative to environmentally unfriendly chemical farming as it is inspired by a set of environmental ethics, green agro-technologies, and the imperative of harmony between man and nature. This study illustrates, by the example of Kuala Ping, how the introduction of permaculture may lead to sustainable agricultural landuse in Malaysia. It shows how the permaculture re-designing of Kuala Ping’s agricultural landscape may protect and preserve the local eco-system while systematically integrate the environment and people through sustainable agricultural technologies. The central idea is to harness the use of insitu natural resources to produce quality agro-food, to provide appropriate housing design, and to save energy use