首页    期刊浏览 2024年12月12日 星期四
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Pemuliharaan hutan dalam kalangan masyarakat Semaq Beri di Negeri Terengganu, Malaysia (Forest conservation and the Semaq Beri community of Terengganu, Malaysia)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Ramle Abdullah ; Asmawi Ibrahim ; Mohamad Hafis Amat Simin
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2014
  • 卷号:10
  • 期号:3
  • 页码:113-124
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Suku kaum Semaq Beri di negeri Terengganu adalah antara komuniti Orang Asli di Semenanjung Malaysia yang banyak bergantung kepada hutan untuk memenuhi keperluan makanan dan pendapatan. Kajian ini dilakukan untuk menyelami pemikiran suku kaum Semaq Beri tentang hutan berasaskan persoalan berikut: (i) Apakah konsep hutan dari perspektif mereka. (ii) Bagaimanakah sikap mereka untuk memastikan kelestarian hutan. Data kajian dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian, pemerhatian ikut serta dan temu bual mendalam dengan 20 responden utama yang mewakili suku Semaq Beri di Kg. Sg. Pergam, Kemaman and Kg. Sg. Berua, Hulu Terengganu. Hasil kajian menunjukkan suku kaum Semaq Beri mempunyai pemikiran yang tersendiri berkenaan persekitaran hutan dalam kehidupan mereka. Antara lain, kepelbagaian biologi hutan dipercayai anugerah kuasa ghaib untuk kesenangan dan keharmonian hidup manusia, iaitu membekalkan keperluan seperti makanan, pendapatan, ubat-ubatan dan sumber lain. Justeru itu hutan rimba sering diibaratkan sebagai 'bank', iaitu sebagai institusi tempat individu menyimpan sumber kekayaan yang boleh dikeluarkan apabila perlu. Berasaskan persepsi sedemikian juga pendekatan suku kaum Semaq Beri dalam meneroka, memelihara dan menjaga kelestarian hutan terbentuk supaya manfaatnya dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang
  • 关键词:hutan; kepelbagaian biologi; Orang Asli; pemuliharaan hutan; kelestarian hutan; Semaq Beri
国家哲学社会科学文献中心版权所有