标题:Faktor kelangsungan pasaran tumbuhan ubatan di Tamu Pantai Barat Sabah: Satu tinjauan awal (Factors affecting the market viability of medicinal plants – The case of the tamu (local market) of West Coast , Sabah)
期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2014
卷号:10
期号:2
页码:115-126
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Artikel ini membincangkan faktor yang mempengaruhi kelangsungan pasaran tumbuhan ubatan di pasar tempatan atau dikenali sebagai tamu di Pantai Barat, Sabah. Data dikumpul melalui pemerhatian tidak ikut serta dan temu bual di lima buah tamu di Penampang, Ranau, Tamparuli, Tuaran dan Pekanabalu. Seramai 26 orang responden dalam lingkungan umur 35 hinga 78 tahun telah mengambil bahagian. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penjual untuk terus memasarkan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan. Oleh yang demikian, responden terhad kepada kalangan penjual. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat sepuluh faktor yang menyebabkan kelangsungan aktiviti pemasaran tumbuhan ubatan di kawasan kajian, iaitu sumber pendapatan, permintaan, harga, peluang, budaya, kemajuan teknologi komunikasi, pengetahuan tradisi, akses, kelimpahan dan produktiviti. Faktor tersebut seterusnya diklasifikasikan kepada tiga, iaitu faktor ekonomi, faktor sosial dan faktor ekologi. Analisis lanjut mendapati bahawa ketiga-tiga faktor ini sama penting dalam mempengaruhi kelangsungan pasaran tumbuhan ubatan di Pantai Barat Sabah
其他摘要:Traditional medicinal plants may be a reliable source of income for rural folks in developing societies. As they are increasingly monetized the question of market viability is becoming a matter of concernThis article analyses factors affecting the market viability of medicinal plants in the local market or tamu of West Coast, Sabah. Data were collected through observation and interviews in Penampang, Ranau, Tamparuli, Tuaran and Pekanabalu involving a total of 26 medicinal plants sellers between the age of 35 and 78 years old. The focus was to identify market viability factors that influence the sellers’ decision to continue selling medicinal plants. Ten such factors were obtained from the study,namely, source of income, demand, prices, opportunity, culture, technology, traditional knowledge, access, abundance dan productivity. In general, all three are equally important factors in influencing the market viability of medicinal plants for the study area
关键词:ekologi; faktor sosioekonomi; kelangsungan pasaran; penjual; tamu; tumbuhan ubatan