标题:Fonologi Bahasa Kantuk: Kekerabatan dan keeratannya dengan Bahasa Iban dan dialek Melayu Semenanjung (The making of Malaysian solidarity: Mainstream phonological affinities of the Kantuk dialect)
期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2014
卷号:10
期号:1
页码:94-100
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Kajian ini adalah sebahagian daripada usaha penelitian bahasa-bahasa di Borneo dan keterkaitannya dengan dialek Melayu di Semenanjung Malaysia. Data yang dimanfaatkan dalam penulisan ini merupakan kata-kata yang dituturkan oleh penutur asli bahasa Kantuk yang mendiami beberapa lokasi tertentu dalam daerah Kapuas Hulu, Kalimantan Barat, Indonesia, khususnya di Bandar Semitau. Data linguistik ini seterusnya dianalisis berasaskan kerangka Dialektologi Generatif. Aspek asimilasi nasal-obstruen yang wujud dalam bahasa Kantuk diteliti dan seterusnya diperbandingkan dengan bahasa Iban (Sarawak) dan dialek Melayu (Semenanjung Malaysia) dengan tujuan menilai keeratan dan kekerabatan hubungan antara bahasa-bahasa ini. Dapatan kajian telah menyerlahkan kewujudan proses asimilasi yang melibatkan bunyi nasal dan obstruen pada lingkungan awal kata. Kata kerja aktif dalam bahasa Kantuk ternyata dibentuk berasaskan penggabungan kata dasar dengan imbuhan awalan //. Dua proses fonologi iaitu asimilasi nasal-obstruen dan proses struktur suku kata yang dilaksanakan secara tertib menyerlahkan persamaan proses fonologi antara bahasa Kantuk dengan bahasa Iban dan dialek Kedah Utara. Keberhasilan menerapkan proses dan rumus asimilasi, serta atur rumus yang setara bagi bahasa-bahasa berkenaan jelas memperlihatkan adanya hubungan yang erat antara bahasa berkenaan. Ia sekaligus menjadi sebahagian daripada bukti keterikatan fonologi dan morfologi antara bahasa-bahasa ini. Dapatan kajian ternyata memberikan implikasi kepada pengukuhan bukti akan keeratan hubungan dan kekerabatan antara bahasa Kantuk dengan bahasa Melayu dan Iban
关键词:bahasa Kantuk; bahasa Iban; dialektologi generatif; dialek Melayu; perpaduan nasional; proses fonologi