期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2014
卷号:10
期号:1
页码:60-69
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Makalah ini membincangkan penggunaan kes sebagai kaedah bagi pembelajaran subjek etika pembangunan. Kaedah ini memberi peluang pelajar berfikir secara aktif dan mengaplikasi prinsip etika. Kaedah pengajaran dan pembelajaran kursus etika secara teori melalui kuliah sehala bagi tujuan aplikasi dan normatif adalah kurang sesuai. Justeru itu penggunaan kes akan membuka ruang untuk pelajar berfikir secara kritis dan mengaplikasi prinsip etika. Penyelidik telah melakukan percubaan terhadap pelajar tahun akhir yang mengikuti kursus etika pembangunan. Mereka didedahkan kepada dua mode pengajaran, iaitu kuliah menggunakan kes pada lima minggu pertama dan kuliah tradisional pada minggu seterusnya. Pada minggu ke-14 borang kaji selidik telah diedar bagi mendapatkan pandangan pelajar berdasarkan pengalaman pembelajaran mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan kes telah membolehkan pelajar memahami teori dan aplikasi teori etika dengan lebih baik. Selain itu, penggunaan kes semasa membolehkan pelajar mendapat pengetahuan tentang isu etika yang berpotensi mereka hadapi setelah memasuki alam pekerjaan dan persekitaran industri yang sebenar
关键词:etika; etika aplikasi; etika pembangunan; kes; pembelajaran; penaakulan moral