首页    期刊浏览 2024年12月02日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Impak media sosial terhadap gangguan seksual atas talian dalam kalangan wanita muda
  • 本地全文:下载
  • 作者:Norhayati Mat Ghani ; Suriati Ghazali
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2021
  • 卷号:17
  • 期号:3
  • 语种:Malay (macrolanguage)
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Penggunaan media sosial yang sangat popular pada era mutakhir ini turut membawa kepada kejadian gangguan atas talian terhadap sebilangan kumpulan masyarakat yang mudah menjadi mangsa, seperti golongan wanita muda. Antara gangguan atas talian yang kerap berlaku ke atas wanita muda ialah gangguan seksual, buli siber, ugut siber, fitnah, maki hamun, dan dimalukan. Pihak Siber Sekuriti Malaysia melaporkan sebanyak 499 kes gangguan atas talian telah berlaku pada tahun 2020, dan gangguan seksual adalah salah satu daripadanya. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan tentang impak penggunaan media sosial terhadap gangguan seksual atas talian dalam kalangan wanita muda di Pulau Pinang, Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dalam pengumpulan data dan perbincangan. Seramai tujuh orang wanita muda yang pernah menjadi mangsa gangguan seksual atas talian dipilih sebagai informan untuk ditemu bual secara mendalam. Informan dipilih menggunakan kaedah persampelan secara bertujuan dan bola salji. Kajian mendapati penggunaan media sosial mendedahkan mereka kepada gangguan seksual atas talian, seperti menerima pesanan lucah dan gambar lucah, diajak bercerita tentang seks, dan diajak untuk melakukan hubungan seks. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, wanita muda mudah menjadi mangsa gangguan seksual atas talian kerana kecanggihan aplikasi media sosial itu sendiri, antaranya, kebolehan mengesan lokasi pengguna lain. Selain itu, sikap dan tujuan penjenayah siber yang menyasarkan golongan wanita muda sebagai mangsa, dan sikap wanita muda yang mudah memuat-naik maklumat peribadi di media sosial, berpotensi menyebabkan mereka disasarkan untuk menjadi mangsa. Kajian ini menyumbang kepada pengetahuan tentang faktor dan potensi gangguan seksual yang dialami oleh pengguna media sosial dalam kalangan wanita muda. Kajian ini boleh dijadikan landasan untuk mengelakkan potensi-potensi tersebut. Di samping itu, kajian ini dapat mengembangkan lagi skop kajian geografi sosial-jenayah dengan melibatkan media sosial masa kini.
  • 关键词:Gangguan seksual atas talian;kerentanan;mangsa;media sosial;wanita muda
国家哲学社会科学文献中心版权所有