期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2020
卷号:16
期号:1
语种:Malay (macrolanguage)
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Pengajaran dan pembelajaran pada zaman kini telah menjadikan penggunaan alat bantu mengajar yang lebih moden digunakan bagi menjadikan ia lebih disenangi dan diterima oleh generasi Z. Antara yang menjadi keperluan adalah telefon pintar dengan kebanyakan daripadanya menggunakan sistem operasi android. Artikel ini menerangkan proses pembinaan android geo sudut guru-pensyarah untuk subjek geografi di sekolah dan di peringkat sarjana muda di universiti. Artikel ini cuba untuk meneliti bagaimana satu aplikasi berasaskan android dapat dibangunkan untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran kursus geografi dengan memberi fokus kepada pengiraan sudut bearing. Metodologi pendekatan penerokaan dipilih dalam menjelaskan proses membina aplikasi android Geosudut. Tiga peringkat dilalui dalam kajian ini iaitu (i) analisis dokumen-keperluan membina aplikasi android, (ii) membangunkan perisian berasaskan waterfall model dan (iii) pengujian aplikasi android Geosudut. Walau bagaimanapun untuk artikel ini peringkat ketiga tidak akan di ambil kira. Fokus pada aspek membangunkan perisian adalah pengiraan sudut yang sepenuhnya menggunakan android studio yang mengintegrasikan penggunaan kamera hadapan dan pengiraan secara on the fly yang melibatkan penggunaan bahasa pengaturcaraan bagi android. Dapatan kajian menunjukkan aplikasi android Geosudut boleh digunakan untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, pembangunan aplikasi berasaskan kepada telefon pintar perlu dibanyakan lagi dan aplikasi Geosudut ini boleh dikembangkan lagi dengan memasukkan aplikasi berkaitan pengajaran geografi bagi menangani generasi Z yang lebih suka kepada teknologi. Implikasinya adalah banyak lagi penyelidikan untuk membangunkan aplikasi-aplikasi yang berteraskan android perlu dilakukan untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih aktif bagi generasi Z.
其他摘要:The teaching and learning environment in the new millennium has tremendously employed modern teaching aid to generate interest and acceptance by the Z generation. Among others is the need for a smartphone that is dominated by android operating systems. This article describes the process of building an android application for geography subjects at school and university’s bachelor degree level. This research seeks to explore how an android-based application can be developed to support the teaching and learning process of geography courses by focusing on the calculation of bearings. The exploration approach methodology was chosen in explaining the process of building a GeoSudut android. Three stages involved in this study are (i) analysis of android building requirements documents, (ii) construction of waterfall model-based software and (iii) android application testing. However this article will not cover the third objective. The development of the android application fully utilizes the android studio which integrates the use of front-facing cameras and computations algorithms involving the android programming language. The findings show that geo-android can be used to aid in teaching and learning. In conclusion, smartphone-based development applications need to be further developed and GeoSudut applications can be further expanded by incorporating geographically-based applications to address the Z-generation that prefers the use of technology. As for the implication, more research need to be carry out to develop an android-based application for teaching and learning for the Z generation.
关键词:android;alat bantuan mengajar;education 4.0;geografi;generasi Z;IR4.0;pembelajaran dan pemudahcaraan;telefon pintar
其他关键词:geography##android##teaching and learning##teaching aids##Z generation##smartphone##IR4.0##Education 4.0