首页    期刊浏览 2025年02月28日 星期五
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Petunjuk pembangunan komuniti orang Asli: Suatu analisis penggunaan barangan dan perkhidmatan
  • 本地全文:下载
  • 作者:Mohd Roslan Rosnon ; Sarjit S.Gill ; Shamsul Azahari Zainal Badari
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2019
  • 卷号:15
  • 期号:1
  • 语种:Malay (macrolanguage)
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Arus pemodenan sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan masyarakat orang Asli dan mendedahkan mereka kepada dunia konsumer. Peningkatan taraf hidup dan perubahan sosial menyebabkan corak perbelanjaan barangan dan penggunaan perkhidmatan serta nilai konsumerisme sudah mula berubah mengikut peredaran masa. Oleh itu, kajian ini bertujuan menjelaskan penggunaan barangan dan perkhidmatan serta perubahan nilai dalam kalangan masyarakat orang Asli yang merupakan salah satu petunjuk kepada pembangunan komuniti. Seramai 325 orang Asli dari seluruh perkampungan orang Asli di daerah Jelebu terlibat dalam kajian ini. Reka bentuk kajian adalah secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik dan pemerhatian tidak turut serta juga digunakan dalam kajian ini. Analisis kajian adalah secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat orang Asli sudah mula menggunakan barangan serta perkhidmatan selari dengan arus pemodenan. Perubahan nilai tradisional kepada nilai moden sudah mula meresap dalam komuniti ini. Kesimpulannya, pembangunan yang dilakukan telah merubah kehidupan masyarakat orang Asli dengan melihat penggunaan barangan dan perkhidmatan sebagai manifestasi dalam menentukan penerimaan masyarakat orang Asli kepada arus pemodenan. Implikasinya, nilai tradisional masyarakat orang Asli sudah mula berubah ke arah nilai moden dan mereka telah menerima barangan dan perkhidmatan moden. Justeru itu, pengetahuan dan pendidikan mengenai kepenggunaan wajar diberikan kepada komuniti orang Asli agar mereka tidak menjadi mangsa hedonisme kemewahan dunia moden yang dibawa oleh arus pemodenan.
  • 其他摘要:Modernization has, to some extent, affected the lives of indigenous peoples and exposed them to the current consumer world. The improved living standards and social changes have caused the consumption expenditure pattern on goods and services and the values of consumerism to change over time. Hence, this research aims to explain the use of goods and services, as well as the changes in values among orang Asli as a sign of community development. A total of 325 orang Asli from entire orang Asli settlement in Jelebu are involved in this research. The methods used are by doing reviews using questionnaire and also non-participant observations. The result is analysed descriptively. The result of the study shows that the orang Asli community has started using the modern goods and services. The changes in traditional to modern values has started to make its way into this community. In a nutshell the development has changed the life of orang Asli by looking at the use of modern goods and services as a manifestation in determining the acceptance of orang Asli community to modernization. The implications that can be seen are the changes of traditional toward modern values among orang Asli community and they have accepted modern goods and services. Hence, knowledge and education on the consumerism should be provided to the orang Asli community so that they will not be the victims of hedonism of the modern world of luxury brought about by modernization.
  • 关键词:arus pemodenan;barangan dan perkhidmatan;nilai konsumerisme;orang Asli;pembangunan komuniti
  • 其他关键词:modernization##goods and services##orang Asli##values of consumerisme##community development
国家哲学社会科学文献中心版权所有