期刊名称:QURANICA - International Journal of Quranic Research
印刷版ISSN:2289-5396
出版年度:2012
卷号:2
期号:1
出版社:Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya
摘要:Kajian ini membincangkan tentang perumpamaan serangga dalam alQur’ān. Secara khususnya kajian ini memfokuskan kepada i`jāz bayaniy dan i`jāz `ilmiy terhadap serangga dalam alQur’ān.Kajian ini secara amnya merujuk kepada penyelidikan perpustakaan. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini melibatkan pengumpulan dan analisis data. Ia menggunakan pendekatan kualitatif iaitu satu metode kajian yang menekankan pembentukan teori secara induktif. Objektif kajian antara lainnya adalah untuk menganalisis dan menghuraikan elemen i`jāz bayaniy dan i`jāz `ilmiy terhadap serangga dalam alQur’ān. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa perumpamaan yang terdapat dalam alQur’ān alKarīm mempunyai nilai retorika dan estetika yang tinggi. Justeru, penggunaan gaya bahasa perumpamaan dalam alQur’ān telah memberikan ruang untuk membincangkan segala bentuk persoalan dengan cara yang terbaik serta meninggalkan kesan yang mendalam. Melalui analisis i`jāz bayaniy dan i`jāz `ilmiy terhadap serangga dalam alQur’ān pula telah menunjukkan kewujudan i`jāz dalam ayatayat tersebut yang sekaligus membuktikan kehebatan dan mukjizat alQur’ān yang mempunyai fakta yang tidak pernah bercanggah dan sesuai di sepanjang zaman.